Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah

1988 (Pindaan) 2007

Visit Us To Know More

Pengenalan



Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah, 1988 (Pindaan) 2007 telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 22 November 2007, memberi kuasa kepada Perpustakaan Negeri Sabah untuk mengumpul dan memelihara bahan bercetak dan tidak bercetak yang diterbitkan di Sabah.



Di bawah Enakmen ini, setiap pengarang atau penerbit di Sabah DIWAJIBKAN memberi kepada Perpustakaan Negeri Sabah :-

(i) Tiga (3) naskhah bahan bercetak.

(ii) Dua (2) unit bahan tidak bercetak atau sumber elektronik perpustakaan.

Pusat Penyerahsimpanan Negeri akan memberi manfaat bagi :-

Memelihara bahan bercetak atau tidak bercetak mengnai Sabah untuk diakses dan digunakan oleh generasi masa depan.

Menjadi pusat bagi aktiviti penyelidikan mengenai Sabah.

Menerbit buku Bibliografi Koleksi Pusat Penyerahsimpanan Negeri.

Mengakses internet bagi data bibliografi penerbitan di Sabah secara 'online'.

Mempromosi penerbitan Sabah di dalam negara dan antarabangsa.

Objektif Pusat Penyerahsimpanan

Menyediakan pemeliharaan dan penggunaan sumber Perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.

Mewujudkan satu standard rekod bibliografi bagi sumber Perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.

Mengekalkan rekod statistik bagi sumber Perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.

Pengarang atau penerbit yang gagal untuk memberikan bahan bercetak atau tidak bercetak seperti dimaklumkan di bawah Enakmen ini, akan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit (RM3,000).